• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuah Anak Eina Dapat Hadiah Jam Tangan RM40K

oleh
21/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNTUNG… Sesiapa yang mengikuti akaun Instagram Datin Paduka Eina Azman pasti sudah terbiasa melihat gaya hidup mewah aktres ini bersama-sama suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Apatah lagi dengan dua orang anak kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Karef yang dilahirkan pada 19 Februari 2016. Beliau dan suaminya itu, seorang usahawan mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014.

Meskipun sudah terbiasa melihat kemewahan keluarga itu, tetapi, netizen tetap berasa kagum dan tergamam apabila mengetahui yang sempena ulang tahun kedua kembarnya itu, pelakon tersebut telah memberikan hadiah mewah.

Ia berupa sepasang jam tangan jenama Rolex yang bernilai hampir RM20,000 setiap satu pada dua anaknya.  Perkara itu juga turut dikongsi oleh Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman melalui akaun Instagram-nya.

Keadaan itu membuatkan ramai netizen meninggalkan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya kurang bersetuju kerana merasakan hadiah mewah seperti itu adalah satu bentuk pembaziran ditambah pula anaknya masih kecil.

Tidak kurang juga, ada netizen yang berasa cemburu kerana dalam usia dua tahun mereka sudah mendapat hadiah mewah seperti itu sedangkan orang dewasa sendiri pun tidak mampu untuk miliki jam dengan harga seperti itu.

Bazir atau tidak, sebagai ibu sudah pasti Eina tahu apa yang dilakukan.

Mungkin jam Rolex itu ibarat satu pelaburan atau memberikan anaknya jam tangan itu dengan harapan mereka boleh memakainya apabila sudah dewasa kelak.

Kesimpulannya, memang beruntung betul apabila dapat jadi anak selebriti ini, dari kecil lagi mereka sudah pun dimanjakan dengan beraneka barangan mewah, selain dapat bercuti di luar negara dan pelbagai lagi hadiah mahal.

Bagi netizen biasa ini kena bertabahlah berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu perkara atau barang mewah itu sendiri. Tapi, apabila berusaha sendiri, kita akan lebih menghargainya, bukan? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Eina AzmanKaiser Gurmeet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Potong Barisan Vaksin, Eina Azman Mohon Maaf

28/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Datin Paduka Eina Azman memohon maaf kepada semua pihak susulan hantaran gambar yang dimuat naik memaparkan...

“Eina Azman Semalam ‘Register’ Pakai Laman Web Mana Ya?”

27/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet apabila didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd