• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lindsay Berhijab Rai Minggu Fesyen Sopan London

oleh
21/02/2018
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGGUN… Jika sebelum ini aktres kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan pernah cetus sensasi konon memeluk agama Islam selepas mengunakan status ‘Assalamualaikum’ menerusi Instagram.

Bagaimanapun kali ini, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS) berusia 31 tahun itu sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tampil kemas berhijab ketika menghadiri Minggu Fesyen Sopan London di ibu kota Britain.

Gadis tersebut bukan sahaja memakai tudung tetapi beliau juga telah mengenakan pakaian jubah seumpama abaya yang menutup habis aurat pada tubuh badan dirinya dan bersesuaian dengan konsep minggu fesyen Muslimah itu.

Kehadiran Lindsay berimej sedemikian ternyata ‘curi’ tumpuan media antarabangsa susulan dunia yang sebelum itu gempar dengan tunjuk perasaan wanita Iran bakar hijab sebagai protes pemakaian tudung di negara Syiah tersebut.

Minggu Fesyen Sopan London berlangsung meriah di Victoria House, Bloomsbury dengan mendapat hangat ramai wanita Muslim dari seluruh dunia waima dikenakan tiket bayaran masuk mencecah £200 (kira-kira RM1,091).

Lebih 40 pereka terkenal antarabangsa hadir selain tetamu kehormat antaranya Datin Norjuma Habib Mohamed dari Malaysia, Muna AbuSulayman (Arab Saudi), Sara Al Madani (Emiriah Arab Bersatu) selain Lindsay sendiri.

Acara diadakan bersempena dengan Hari Hijab Sedunia yang diraikan wanita Muslimah pada 1 Februari lalu di 140 buah negara sejak 2013 selain memeriahkan lagi Minggu Fesyen London bermula 22 sehingga 25 Februari depan.

Kemunculan Lindsay itu turut menimbulkan semula khabar angin mengenai status agamanya yang sebenar. Namun, itu semua masih menjadi spekulasi kerana sehingga kini masih tiada penjelasan rasmi daripada pelakon itu sendiri.

Sementara itu, selain menulis ‘Assalamualaikum’, beliau juga dikatakan memadam semua gambar seksi menerusi Instagram dan sebelum ini, foto Lindsay memegang senaskhah Al-Quran turut menjadi tular melalui media sosial.

Namun, Lindsay mengatakan bahawa kitab suci umat Islam itu hanya merupakan hadiah khas daripada seorang kawannya dan beliau pernah bawa Al-Quran itu ke New York kerana masih lagi belajar mengenai kandungannya.

Mungkin Lindsay sedang dalam proses untuk mempelajari ilmu agama Islam. Sama ada sudah tukar agama atau tidak, apa yang penting ketika ini adalah pintu hati beliau telah terbuka lebih mendalami ilmu berkaitan Islam.

Selain itu, Norjuma yang juga pengasas salah satu jenama popular tudung tanah air turut tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Lindsay sewaktu mereka berada pada acara berprestij tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hijablindsay lohan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

“Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab”

23/10/2019
0

"SAYA Cina tapi saya suka berhijab." Ciapan pemilik Twitter @jiaqing28512216 tular di media sosial apabila dia mencuri perhatian netizen kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd