• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Gesa Rakyat Prihatin Jaga Harta Awam

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kerosakan kemudahan awam di beberapa kawasan rekreasi terkenal dan kawasan pelancongan di negeri ini berpunca daripada sikap pengunjung serta penduduk di kawasan itu sendiri yang kurang kesedaran untuk menjaganya.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah sikap itu perlu diubah untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan berlaku pada masa depan sekali gus akan mengurangkan minat pengunjung atau pelancong untuk ke kawasan terlibat.

“Jangan hanya harapkan agensi berkaitan saja yang jaga…sikap kurang prihatin untuk menjaga kemudahan yang dibina oleh kerajaan perlu diubah, masyarakat setempatlah yang perlu bersama-sama menjaganya.

“Kalau tak diubah, maka lebih banyak kerosakan dan kerugian akan berlaku. Buatlah gotong-royong dan kempen kesedaran secara berterusan…jangan hanya bermusim,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) peringkat daerah Rompin di Kampung Rantau Panjang, di sini hari ini.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan.

Sementara itu, baginda bertitah program menaman 1,000 pokok kelapa pandan di seluruh daerah ini perlu diperluaskan ke kawasan lain.

“Saya gembira kerana usaha memelihara alam sekitar terus dilakukan di peringkat kampung…rakyat bersama-sama jaga kelebihan semula jadi yang sedia ada di kawasan masing-masing.

“Saya berharap wakil rakyat dan pemimpin setempat terus beri perhatian terhadap usaha yang dilakukan ini, sekali gus menyokong kelangsungan terhadap sektor pelancongan seterusnya dapat memajukan ekonomi hiliran diusahakan penduduk setempat,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih Semula Hutan

21/07/2018
0

PEKAN - Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan semula hutan, titah Pemangku Raja Pahang Tengku...

Institusi Keluarga Perlu Main Peranan Pulih Penagih

15/04/2018
0

KUANTAN - Institusi kekeluargaan diminta turut sama memainkan peranan menyokong pemulihan anggota keluarga mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd