• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Rumah PR1MA Berdekatan Kampus UniSZA

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Sebanyak 500 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di kawasan Kampung Dendong, berdekatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Tembila tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Mohd Mahdi Musa berkata projek kerajaan pusat melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri itu akan dibina dengan tiga jenis rumah iaitu jenis banglo, semi-D dan rumah mampu milik.

“Buat masa ini kawasan tapak bagi pembinaan perumahan berkenaan telah pun dibersih dan diratakan manakala majlis pecah tanah dijangka dibuat tidak lama lagi,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Information Technology For You (IT4U@Besut) anjuran Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA Kampus Tembila Besut, semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu berkata pembinaan penempatan baharu kelak diharap dapat menampung kakitangan dan juga pelajar UniSZA yang kini berdepan kesukaran mendapatkan tempat tinggal.

Sementara itu, UniSZA melalui Fakulti Informatik dan Komputerannya berjaya menyalurkan khidmat sosialnya kepada komuniti di kawasan Kota Putera melalui Program IT4U@Besut untuk faedah sekolah, kampung, masjid dan pertubuhan sukarela.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi Latiff memberitahu dengan kerjasama UniSZA Digital Hub dan Syarikat Ledakan Digital serta Celcom Axiata Berhad, pihaknya berjaya membina laman sesawang dan laman e-dagang bagi mereka yang terlibat dalam program itu dan menganjurkan kursus teknologi maklumat (IT) kepada penduduk kampung.

Selain itu katanya, seramai 15 pelajar dari tiga sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tembila, SMK Permaisuri Nur Zahirah dan Sekolah Menengah Agama Maarif diambil menjadi sekolah angkat kepada fakulti berkenaan.

“Khidmat sosial kali ini juga telah berjaya membina laman sesawang untuk Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja, J3K Kampung Tembila, J3K Kampung Beting Lintang dan Unit Penyelamat Besut,” katanya.

Katanya, kira-kira 60 belia dari beberapa buah kampung termasuk petugas DUN Kota Putera juga dipilih mengikuti kursus Adobe Photoshop yang dikendalikan oleh fakulti berkenaan bermula semalam. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd