• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi ‘Gam’ Penulis Kutuk Azan Ganggu Tidur

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Akibat biadab kritik laungan azan, pihak berkuasa Arab Saudi semalam mengeluarkan perintah larangan terhadap seorang penulis tempatan, menurut laporan media negara tersebut.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohamed Al Suhaimi didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur negatif mengenai seruan azan yang lazim dikumandangkan muazin untuk mengajak umat Islam menunaikan solat fardu.

Agensi berita rasmi China, Xinhua, yang memetik portal berita online tempatan, Sabq melaporkan bahawa penulis tersebut dikenakan hukuman larangan daripada melakukan segala aktiviti berkaitan dengan penulisan dan media.

Mohamed turut dirujuk kepada sebuah panel jawatankuasa siasatan ekoran kenyataan kurang ajar beliau yang pernah memaklumkan saluran berita popular MBC, yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Baca: Pengadil Bukan Islam Henti Perlawanan Hormati Azan

Penulis tersebut mendakwa bahawa laungan azan secara kuat boleh mengganggu golongan kanak-kanak dan mereka yang sedang tidur nyenyak terutama pada waktu subuh apabila terjaga daripada lena di katil empuk.

Mohamed juga dengan lantang menggesa pihak berkuasa tempatan agar bilangan masjid di kawasan kejiranan dapat dikurangkan sekali gus mampu mengurangkan kadar kebisingan akibat fenomena laungan azan tersebut.

Beliau yang bertugas sebagai wartawan dengan akhbar prokerajaan, Al-Watan turut mendesak kerajaan Arab Saudi melarang penggunaan pembesar suara ketika ceramah agama atau khutbah disampaikan khatib solat Jumaat.

Terdapat kira-kira 94,000 buah masjid di seluruh Arab Saudi dengan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia setiap masa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video hiasan azan di Arab Saudi…

Tags: Arab Saudiazan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

Arab Saudi Dilapor Perluas Kilang Peluru Berpandu 200 Kilometer Dari Riyadh

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Kemudahan baharu dijangka berpotensi menyokong pengeluaran seawal penghujung 2026, namun jenis peluru berpandu dan kerjasama dengan Beijing belum...

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menggesa supaya cadangan pembinaan Masjid Warisan di sebuah tapak di hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd