• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat 2 Remaja Lemas Di Air Terjun Berkelah Ditemukan

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat dua remaja yang dikhuatiri lemas semasa berkelah di Air Terjun Berkelah di sini semalam, ditemukan pada 8 pagi ini di dasar air terjun berkenaan.

Pegawai Kanan Pasukan Selam Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Alif Hafizul Mohammad berkata mayat Muhammad Shahfaris Shahri dan Azfan Muhammad, kedua-duanya berusia 22 tahun ditemukan dalam jarak antara empat meter antara satu sama lain.

“Kedua-dua mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tebing air terjun itu kira-kira 10 minit selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada 7.55 pagi tadi.

“Kedua-dua mereka dikenal pasti oleh rakan dan anggota keluarga yang menunggu di kawasan operasi dijalankan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Alif Hafizul menambah kedua-dua mayat itu ditemukan di tingkat tujuh air terjun berkenaan, yang merupakan tingkat paling atas, air terjun tersebut.

Katanya, operasi membawa mayat turun masih dilaksanakan dan mayat akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Muhammad Shahfaris dan Azfan kedua-duanya berasal dari Klang, Selangor datang ke air terjun itu untuk berkelah bersama-sama 10 rakan pada petang semalam, dan difahamkan ia merupakan kunjungan kali pertama mereka ke situ.

Mereka dipercayai lemas kira-kira 3.10 petang.

Operasi SAR yang dimulakan petang semalam terpaksa dihentikan pada 8 malam ekoran keadaan persekitaran yang gelap. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd