• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-14: SPR Perlu Sedia Kemudahan Mesra OKU

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI) telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kemudahan yang ‘mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)’ bagi memastikan golongan itu dapat mengundi dalam keadaaan baik dan sempurna pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal dihadapi pada tahun ini.

Presidennya V. Murugeswaran berkata kemudahan itu akan dapat menggalakkan golongan OKU untuk keluar mengundi ketika pilihan raya bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara sama seperti warganegara Malaysia yang normal.

“Pusat pengundian selalunya di sekolah dan balai raya yang tidak mempunyai kemudahan untuk golongan OKU ini membataskan pergerakan mereka yang berkerusi roda dan bertongkat untuk menuju ke saluran pengundian, justeru fasiliti seperti ramp (tanjakan) serta tandas bergerak hendaklah disediakan untuk kemudahan mereka.

Petugas SPR dan sukarelawan yang bertugas pada hari mengundi juga hendaklah diberi latihan komprehensif mengenai bagaimana membantu dan menyediakan kemudahan untuk golongan OKU,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan buku panduan membantu golongan OKU semasa mengundi kepada pihak SPR yang bertajuk Malaysian Standard Book (MS 1184: 2014) di sini hari ini.

Murugeswaran berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyediakan latihan bagi membantu petugas SPR dan sukarelawan mengendalikan golongan OKU.

“Pegawai dan sukarelawan yang bertugas itu hendaklah cekap mengendalikan OKU yang pelbagai kekurangan upaya, kerana mobiliti mereka adalah terbatas dan ia boleh menjejaskan hasrat mereka menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi,” kata Murugeswaran.

Buku Malaysian Standard Book (MS 1184: 2014) merupakan buku panduan kepada pegawai SPR dan sukarelawan mengenai tatacara mengendalikan serta membantu golongan OKU semasa hari mengundi.

Sementara itu, jurucakap SPR ketika ditemui pemberita berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran dan cadangan dari persatuan itu dan akan segera mengambil tindakan terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd