• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Kabel Langkawi Terus Dapat Sambutan Ramai

oleh Ahmad Albab
19/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Peristiwa beratus-ratus pelancong terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami masalah teknikal semalam tidak menjejaskan minat orang ramai untuk menaikinya hari ini.

Pengarah Panorama Langkawi Sdn. Bhd., Datuk Azizan Noordin berkata ketika kereta kabel itu menyambung kembali perkhidmatannya pada 12 tengah hari ini, lebih 3,000 pelancong sudah beratur di kaunter tiketnya.

“Keadaan macam hari biasa juga. Apabila kami menyambung kembali operasi, sejumlah besar penumpang sudah beratur untuk membeli tiket dan ini tidak termasuk mereka yang telah membuat tempahan lebih awal,” katanya kepada pemberita di sini.

Tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

“Jumlah yang direkod setakat ini hari ini masih dalam purata harian iaitu antara 3,000 hingga 5,000 penumpang,” katanya.

Azizan berkata dalam kejadian semalam, masalah ‘bearing’ menyebabkan sistem kereta kabel itu tergendala pada 5.48 petang.

Katanya masalah itu hanya dapat dipulihkan hampir enam jam kemudian dan perkara itu diteliti pasukan teknikal Panorama Langkawi sebelum mereka memberi lampu hijau kepada sistem kereta kabel berkenaan untuk menyambung kembali operasinya.

Katanya, pereka sistem itu, Dopplemayer dari Austria, telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan memberi khidmat nasihat dari semasa ke semasa kepada pasukan teknikal tempatan di sini, yang telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang untuk memulihkan keadaan.

“Secara kebetulan, sepasukan pakar dari Dopplemayer akan ke Langkawi April tahun ini,” katanya serta menjelaskan bahawa operasi kereta kabel itu dihentikan hingga 15 hari setiap tahun bagi kerja penyenggaraan menyeluruh tahunan.

Langkawi SkyCab, yang meliputi perjalanan kira-kira 5.9km, adalah sistem kereta kabel terpanjang di dunia, dengan kira-kira 1.7km daripadanya naik hingga mencapai sudut 45 darjah dan diiktiraf sebagai takat paling curam di dunia, dengan paras tertingi melebihi 700 meter.

“Kereta kabel ini menjadi daya tarikan pelancong nombor satu di Langkawi sejak perkhidmatannya bermula 15 tahun lepas dan pada tahun lepas sahaja, perkhidmatan itu mencatat 1.5 juta penumpang,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: kereta kabel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100 Juta Bina Kereta Kabel Baharu Di Bukit Bendera

11/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi pembinaan sistem kereta kabel baharu di Bukit Bendera, Pulau Pinang....

Kereta Kabel: Siasatan Terperinci Bagi Cari Punca

19/02/2018
0

LANGKAWI - Panorama Langkawi Sdn. Bhd., pengendali sistem kereta kabel Langkawi SkyCab di sini, akan menjalankan siasatan terperinci bagi mencari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd