• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,126 Penumpang SkyCab Selamat Dibawa Turun

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kesemua 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung Machinchang di sini, sudah diselamatkan dan dibawa turun ke stesen kaki gunung pada jam 11 malam tadi.

Syarikat pengendali SkyCab, Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (Panorama Langkawi), memaklumkan operasi memulihkan perkhidmatan SkyCab sejauh 2.2 kilometer dengan puncak tertinggi 708 meter dari aras laut mengambil masa kira-kira lima jam.

“Operasi SkyCab tergendala berikutan gangguan dalam sistem pengendalian yang berlaku pada jam 5.48 petang.

“Ketika kejadian, seramai 88 penumpang terkandas dalam 16 gondola sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.50 malam,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu berkata, kakitangan Panorama Langkawi berusaha menjalankan kerja pembaikan sistem pengendalian kereta kabel yang rosak.

“Semua penumpang dan kakitangan yang terkandas berjaya dibawa turun mulai jam 11 malam.

“Selain penumpang yang terperangkap dalam gondola, turut terkandas adalah 210 penumpang dan 36 kakitangan di stesen tengah, manakala 750 penumpang dan 42 kakitangan di stesen tertinggi,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, operasi SkyCab hari ini akan bermula jam 12 tengah hari bagi memberi ruang kakitangan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kereta kabelSkycab Langkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100 Juta Bina Kereta Kabel Baharu Di Bukit Bendera

11/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi pembinaan sistem kereta kabel baharu di Bukit Bendera, Pulau Pinang....

Kereta Kabel Langkawi Terus Dapat Sambutan Ramai

19/02/2018
0

LANGKAWI - Peristiwa beratus-ratus pelancong terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami masalah teknikal semalam tidak menjejaskan minat orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd