• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Jalan Gerik-Jeli

oleh Ahmad Albab
19/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Empat maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 45.4 Jalan Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Banding di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Nissan Frontier, Perodua Kenari dan Audi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata empat mangsa yang maut ialah pemandu kereta Frontier, Rosli Zakaria, 54, dan penumpangnya seorang lelaki kurang upaya yang setakat ini tidak diketahui identitinya.

Dua lagi yang maut ialah penumpang kereta Audi, Che Wan Teh Abdul Aziz, 54, serta Muhammad Khairul Khawrizmie Azizan, 17, katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Ismail berkata dalam kejadian itu dua kenderaan iaitu Perodua Kenari dan Nissan Frontier dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli manakala kereta jenis Audi dari Jeli ke Gerik.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Audi yang dinaiki empat penumpang bergesel dengan Perodua Kenari ketika melalui selekoh menurun bukit.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta Perodua Kenari yang dinaiki tiga penumpang berpusing dan terbabas ke kanan jalan sementara kereta Audi memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Frontier dari arah hadapan.

“Akibat pelanggaran itu pemandu dan penumpang Frontier serta dua penumpang Audi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Ismail berkata dua mangsa yang parah iaitu penumpang Frontier dikenali sebagai Che Yam@Mariam Che Awang, 45, serta pemandu Audi, Azizan Desa, 60, dan mereka dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Katanya, mereka yang cedera ringan ialah pemandu Perodua Kenari Anis Syafika Rosli, 35, serta dua penumpangnya iaitu Muhamad Aiman Rosli, 19; Syazliana Rosli, 22, serta penumpang Frontier, Muhamad Ikhwan Syafiq Rosli, 14, dan penumpang Audi, Nurul Khairulnissa Azizan, 19.

Empat orang yang maut di hantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera ringan di bawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd