• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Pergigian Periksa Mayat Bayi Didera Esok

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ini kerana pakar pergigian mahu membuat pemeriksaan terhadap kesan gigitan yang terdapat pada pipi dan beberapa bahagian tubuh Nurul Ain Umairah Muhamad Firdaus esok.

“Pakar pergigian telah maklumkan kepada polis mereka akan membuat pemeriksaan dan ujian berhubung beberapa kesan gigitan yang terdapat pada bayi malang itu esok.

“Selain itu, pemeriksaan dan ujian gigi terhadap ibu dan bapa mangsa akan dijalankan pakar pergigian bagi mengenal pasti siapa yang menggigit bayi itu,” katanya di sini, hari ini.

Nurul Ain Umairah meninggal dunia pada 10.45 pagi Khamis ketika dalam perjalanan ke HSJ.

Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap mayatnya, bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak dan selain itu terdapat banyak kecederaan lebam, luka dan calar di badan mangsa.

Berikutan itu, polis menahan reman ibu bapa bayi berkenaan selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Nik Ros Azhan berkata siasatan lanjut kes itu masih dijalankan termasuk memanggil beberapa lagi pihak untuk direkodkan keterangan.

“Saya yakin kami dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat berdasarkan beberapa bukti dan keterangan yang diperoleh polis,” katanya.

Sementara itu, datuk bayi itu yang mahu dikenali sebagai Saidon, 53, ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengambil jenazah bayi berkenaan selepas semua prosedur dan siasatan polis selesai.

Katanya mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci demi keadilan untuk cucu keempatnya itu.

“Polis maklumkan mungkin esok saya boleh tuntut jenazah cucu saya…jenazahnya akan dibawa balik ke rumah kami di Kampung Tok Panjang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dera Bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera Di Badan

12/11/2019
0

SEPANG - Polis menahan suami isteri dan seorang wanita bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki berusia 23 bulan dipercayai didera...

Polis Minta Orang Ramai Beri Maklumat Video Dera Bayi

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang kanak-kanak dipukul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd