• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwah Dituduh Merogol Masuk Hospital

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pendakwah terkemuka, Tariq Ramadan yang ditahan reman di sini, atas tuduhan merogol, dimasukkan ke hospital.

Kumpulan sokongan beliau berkata pendakwah itu dimasukkan ke hospital kerana beberapa masalah kesihatan.

Profesor Universiti Oxford berusia 55 tahun itu yang kini menjalani pemeriksaan perubatan bebas untuk menentukan sama ada beliau perlu ditahan dipenjara sebelum perbicaraan, dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, kata sumber dekat dengan kes.

“Tahap kesihatan beliau semakin teruk, terutamanya sejak hakim menolak mengeluarkan permit lawatan untuk isteri dan anaknya semalam,” kata sumber dekat dengan Tariq.

Seorang lagi sumber berkata, beliau sekurang-kurangnya akan berada di hospital hingga hari ini.

Peguam yang mewakili Tariq berkata, anak guamannya berada dalam keadaan tidak sihat untuk ditahan berdasarkan pemeriksaan kesihatan awal pada Selasa lalu.

Tariq berdepan tuduhan merogol individu yang lemah dan beliau ditahan di penjara Fleury-Merogis di sini, sejak 2 Februari lalu.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Tariq ditahan sebelum perbicaraan kerana beliau disyaki cuba melarikan diri dan demi mengelakkan tekanan terhadap saksi wanita yang dirahsiakan pengenalannya.

Mahkamah Rayuan Paris mengarahkan pemeriksaan perubatan dilakukan pada Khamis dan menangguhkan perbicaraan ditahan sehingga 22 Februari selepas pendengaran yang berlangsung di dalam ambulans. – AFP

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd