• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Wajah Hodoh Hiasi Minggu Fesyen London

oleh
18/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGENSI dikenali sebagai Ugly Model menarik perhatian dunia apabila menyediakan perkhidmatan model hodoh antaranya berleher panjang, dagu besar, telinga capang dan hidung bengkok.

Ia merupakan sebuah agensi peragawati pelik di London, Britain dan dianggap cukup unik kerana hanya melahirkan model-model sama ada lelaki atau perempuan yang langsung paras rupa tidak kacak dan cantik jelita.

Bersempena Minggu Fesyen yang berlangsung di ibu kota Britain, model-model yang menghiasi pentas peragaan kali ini tidak seperti kelaziman demi membawa kelainan dan perubahan, kata pemilik agensi itu, Marc French.

“Ia bertujuan untuk meraikan imej kepelbagaian sebenar dan juga membawa sedikit perubahan dalam acara dunia fesyen moden walaupun perlu menggunakan model yang amat hodoh,” kata beliau lagi.

French menggambarkan Ugly Model, sebagai sebuah agensi model ‘watak’ yang menyediakan peragawati pelbagai saiz dan rupa tidak fotogenik termasuk mereka dengan bertubuh gemuk, kurus, kecil dan lebar.

Mereka turut menjadi penambahan yang berjaya menarik perhatian ramai selain penampilan model berimej lebih sempurna dan lazimnya dilihat dalam mana-mana pertunjukan fesyen di London serta luar negara.

Ironi agensi itu sudah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu dan kini menawarkan upah serendah £50 (kira-kira RM274) sejam persembahan antara 9 pagi hingga 6 petang serta bayaran lebih masa termasuk jika kerja hari minggu.

“Lihat saja pelakon Perancis, Gerard Depardieu. Beliau bukan saja popular tetapi penuh dengan watak dan karisma. Beliau seksi kerana pesona yang tenang dan sangat berbeza,” tambah French. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Fesyenperagawati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peraga Fesyen Terkini Di Dalam Bilik Persalinan

19/02/2019
0

LONDON - Seorang budak perempuan berusia 12 tahun merakamkan sendiri gambar-gambar yang menunjukkan dia memperagakan pakaian berjenama di dalam bilik...

Bekas Simpan Lipstik Berharga Hampir RM5,000

17/02/2019
0

SANGGUPKAH anda membelanjakan ribuan ringgit demi satu aksesori fesyen sebesar ibu jari tangan sahaja? Mungkin tidak masuk akal buat sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd