• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Pairin Terus Berahsia Sama Ada Bertanding

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan terus berahsia sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tunggulah sehingga hari penamaan calon. Bagaimanapun PBS sedia untuk menghadapi pilihan raya ini,” katanya ketika ditanya pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina PBS di sini hari ini.

Pairin diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) meskipun pernah mengumumkan persaraannya daripada politik kira-kira dua tahun lepas.

Bagaimanapun, pada Disember tahun lepas, beliau menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan nasihat parti berhubung sama ada akan mencalonkannya dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili juga pada Disember lepas berkata parti itu sering membincangkan tentang pencalonan Pairin dalam PRU14.

Timbalan ketua menteri Sabah berusia 77 tahun itu ketika ini merupakan Anggota Parlimen Keningau dan Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan.

Pairin, yang aktif dalam politik sejak 1975, masih dianggap oleh banyak pihak sebagai tokoh politik yang sangat dihormati di Sabah. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Parti Politik Tubuh Gabungan Bersatu Sabah

24/10/2018
0

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan UMNO hari ini secara rasminya mengumumkan pakatan...

Sabah Patut Bersyukur Najib Jadi PM – Pairin

27/04/2018
0

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara ini sebagai perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd