• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Kasar Anak, Syatilla Tegur Netizen Mulut Bawang

oleh
19/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang, lain ibu bapa, lain juga cara didikan terhadap anak-anak. Tiada ibu bapa di atas muka bumi ini yang akan memberi contoh buruk kepada anak mereka.

Hanya disebankan caption loghat Kedah, ‘katok‘, netizen mulut bawang menyifatkan Syatilla Melvin sebagai seorang ibu yang kasar.

Haihh… Sampai ada netizen yang berdebat juga disebabkan kapsyen tersebut yang dilihat tiada unsur negatif di situ.

Ada seorang netizen menegur dengan mengatakan bahawa Syatilla sering bercakap kasar dengan anaknya dan kononnya dia turut berasa sedih serta malu dengan setiap caption yang ditulis oleh Syatilla.

Akibat sering dituduh berkasar dengan anaknya, Syatilla dengan terbuka hati telah membalas komen berkenaan dan meminta supaya individu berkenaan tidak membezakan cara didikannya dengan keluarga mereka.

“Salam. Awak tak boleh samakan keluarga awak dengan famili saya. Keluarga saya dari zaman tok nenek semua macam saya tapi Alhamdulillah masing-masing membesar berjaya dan jadi manusia.

“Tiada seorang yang tak jadi manusia. Terima kasih kerana tegur kami tapi tiada sebab untuk kami nak jadi orang lain selain diri sendiri.

“Hampa jangan la baca kapsyen kami kalau sedih dan malu. Kami risau tak ada siapa nak datang pujuk,” tulisnya dalam ruangan komen.

Dalam masa yang sama, adik Syatilla iaitu Syifa Melvin turut membalas komen berkenaan dan menegur supaya individu berkenaan tidak membezakan didikan keluarga mereka dengan keluarga orang lain.

Hal ini kerana kita sendiri boleh lihat bahawa lain orang, lain cara didikannya jadi tidak perlulah untuk membezakan antara satu sama lain.

Lagi pula Syeriv ni memang comel pun! Lagi-lagi dia juga pandai mengajuk apabila kena marah dan pandai buat muka comel sampai buatkan ramai yang geram dengan kecomelannya itu!

Ramai netizen turut berpihak kepada Syatilla dan menganggap bahawa isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu langsung tidak membuat sebarang kesalahan.

Jadi pengajarannya di sini ialah jangan pernah membezakan keluarga sendiri dengan keluarga orang lain.

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak pasti mereka akan mengajar perkara yang baik-baik kepada anak dan pastinya mereka mahu anak tersebut membesar sebagai seorang manusia yang berguna.

Lagipula lebih baik jadi diri sendiri di media sosial daripada berselindung di sebalik akaun palsu semata-mata nak mengutuk orang lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: netizen bawangSyatilla Melvin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Timang Anak Kedua

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Shaheizy Sam menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, jam 9.15...

Syatilla Pergi Kerja, Shaheizy Sam Ambil Tugas Jaga Anak

24/10/2018
0

PELAKON Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa menjaga anak sulung mereka, Syeriv Samheizy. Sam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd