• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dera Bayi 46 Hari: Suami Isteri Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia, dipercayai akibat didera di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, di sini semalam.

Perintah reman itu yang berkuat kuasa hari ini, dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Nor Hapipah Abdullah di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ​​​​​​ suami isteri yang masing-masing berusia 22 tahun itu ditahan semalam selepas memberi keterangan kepada polis.

“Polis menahan si suami terlebih dahulu petang semalam sebelum isterinya turut ditahan malam tadi selepas mereka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT,” katanya di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus yang dilahirkan pada 30 Dis lepas, meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bapa mangsa mendakwa anak keduanya itu enggan minum susu sejak malam Rabu dan semakin lemah pagi semalam sebelum dia dan isterinya membawa bayi berkenaan ke sebuah klinik swasta di Sungai Rambai di sini.

Bagaimanapun doktor di klinik tersebut yang mendapati denyutan jantung bayi itu semakin lemah meminta pasangan berkenaan membawa Nurul Ain Umairah ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Pemeriksaan awal di HSJ menemukan bayi itu mengalami patah kaki selain beberapa kesan kecederaan dan lebam pada badannya.

Mengulas lanjut, Nik Ros Azhan berkata kes tersebut disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, tinjauan di rumah mangsa di Kampung Tok Panjang mendapati rumah yang didiami ibu bapanya bersama beberapa anggota keluarga lain kosong.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata dia selalu mendengar Nurul Ain Umairah menangis kuat namun hanya menganggap ia tangisan biasa malah langsung tidak menyangka bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

“Bayi itu memang sering menangis kuat dan boleh dikatakan jiran berdekatan memang selalu dengar. Pernah juga saya bertanya dengan ibunya kenapa bayi selalu menangis?.

“Ibunya hanya menjawab anak keduanya itu memang suka menangis dan diberi susu pun masih menangis. Kami terkejut bila polis datang semalam dan baru tahu bayi itu sudah meninggal,” katanya.

Wanita itu mendakwa pasangan tersebut tinggal bersama datuk bayi berkenaan serta beberapa anggota keluarga lain sejak empat tahun lepas.

Katanya walaupun pasangan itu jarang bergaul dengan jiran, mereka tetap bertegur sapa malah disifatkan pasangan yang baik dan lemah lembut. – BERNAMA

Tags: Dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd