• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuna Berang Busana Hatta Dikata Ketinggalan Zaman

oleh
19/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENAIP komen, kutuk, puji dan macam-macam lagi. Itulah apa terdapat dalam sebuah akaun Instagram yang mengkritik busana rekaan Hatta Dolmat ketika digayakan penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai.

Terkesan dengan kata-kata yang ditulis oleh pemilik akaun tersebut, Yuna telah mengambil keputusan untuk menegur secara terbuka melalui ruangan komen gambar tersebut.

“Apa sebenarnya yang anda lakukan? Adakah anda seorang pereka fesyen? Anda gunakan gambar pada majlis perkahwinan saya dan beri ulasan yang buruk terhadap kerja keras orang lain.

“Adakah anda lihat bagaimana Hatta tidak tidur dan mendedikasikan masanya menyiapkan baju saya dan anda mendedikasi masa anda untuk membuat ulasan sebegini?” tulisnya di ruangan komen.

Akaun Instagram yang dikenali sebagai I_Knowfashion telah memberi pandangannya yang tersendiri mengenai busana yang digayakan oleh Yuna ketika majlis resepsinya.

“Pertama sekali saya bukan nak cakap yang baju tu tak cantik. Tapi, busana ‘evening dress’ dengan penyambung fabrik di bahagian tepinya nampak macam gaya 3 tahun lepas.

“Kalian boleh pergi ke butik pengantin lain dan pastinya akan nampak baju macam tu bergantung dekat sana. Saya agak terkejut bila ianya merupakan hasil tangan Hatta Dolmat.

“Dia seorang pereka fesyen yang dikenali. Patutnya dia cuba keluarkan gaya baharu, bukannya ikut yang dah sedia ada. Dan lebih-lebih lagi yang digayakan ialah Yuna!” tulisnya lagi.

Walaupun mungkin ianya didengar seperti teguran biasa sahaja sebagai seorang yang ‘arif’ tentang fesyen, tetapi bunyinya agak tidak sopan.

Mana tidaknya, pemilik akaun itu langsung tidak mendedahkan siapakah dirinya dan hanya memuat naik gambar pakaian yang digayakan oleh selebriti di mana-mana acara.

Yang mana cantik di matanya, dia akan puji. Mana yang buruk di matanya, habis-habisan dikeji.

Disebabkan itu, Yuna telah mencabar pemilik akaun tersebut untuk tampil mendedahkan identiti dirinya sendiri dan keluarkan rekaannya yang tersendiri supaya boleh dinilai oleh orang lain.

“Tolong muat naik satu lakaran tentang fesyen anda atau sesuatu yang anda pakai agar kami boleh lihat sejauh mana anda tahu tentang fesyen.

“Saya harap anda bangun tidur esok pagi menggunakan minat anda dalam fesyen kepada sesuatu yang positif yang boleh dikongsikan kepada dunia,” kata Yuna lagi.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang tidak bersetuju dengan Yuna kerana bagi mereka, individu itu hanyalah menegur rekaan baju yang digayakan supaya dapat dijadikan contoh mahupun pengajaran bagi pereka yang lain.

Tapi ianya tetap mendatangkan kemarahan isteri kepada Adam Sinclair itu kerana baginya mereka satu busana perkahwiann bukanlah satu pekerjaan yang mudah.

Tak salah nak tegur, cuma lebih baik kalau rasa ia akan mendatangkan kemaraan orang lain, baik duduk diam sahaja daripada berbunyi, kemudian kena kecam…

Buruk di mata kita, tak semestinya buruk di mata orang lain.

Yuna dan Adam Yousof Sinclair telah diijabkabulkan pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Perkahwinan mereka bagaikan satu majlis yang diadakan di alam kayangan kerana berlatarbelakangkan pergunungan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Hatta Dolmatkomen baju YunaNetizenYunalis Zarai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd