• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin Pelawa Pelabur Malaysia Bangunkan Ekonomi

oleh AK-47
15/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Palestin mempelawa firma Malaysia untuk menyertai usaha pembangunan negara itu memandangkan ia mahu menarik pelaburan asing bernilai US$100 juta (RM389.5 juta) untuk memajukan ekonomi di Baitulmuqaddis.

Pengerus Palestine Development and Investment Company (PADICO), Munib Rashid al-Masri​​​​​​​ berkata terdapat peluang yang sangat luas di Baitulmuqaddis, khususnya dalam sektor pelancongan, perumahan, tenaga boleh diperbaharu, tenaga ringan dan pembinaan.

PADICO merupakan syarikat pegangan yang menguasai 35 syarikat di Palestin, dengan aktiviti dalam industri seperti telekomunikasi, pembinaan, pelancongan, tenaga, perbankan dan kewangan serta pertanian.

“Kami memerlukan jumlah itu untuk memastikan Baitulmuqaddis mencatat pertumbuhan sederhana dan saya memberi jaminan kepada anda bahawa pulangan ke atas pelaburan adalah tinggi – kira-kira 11 hingga 12 peratus. Saya yakin ia boleh mencecah 20 peratus,” katanya kepada pemberita di luar sesi bicara​​​​​​​ “Pembangunan Sosio-Ekonomi di Palestin: Pandangan Seorang Dermawan” di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan Malaysia menjadi contoh yang baik kepada Palestin apabila berjaya meletakkan kedudukan dalam arena dunia selain menikmati perkembangan ekonomi yang memberangsangkan.

“Justeru itu, kami mengalu-alukan perniagaan Malaysia untuk melabur di Baitulmuqaddis, bukan​​​​​​​ hanya untuk peluang ekonomi malah membantu kami mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan,” katanya​​​​​​​.

Munib berkata, Palestin turut mencari sumbangan untuk membangunkan semula negara.

“Kami berharap dapat mengumpulkan US$170 juta (RM662 juta) untuk membantu penduduk Palestin,” katanya.

INCEIF hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Al-Quds University, Palestin untuk mewujudkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang seperti​​​​​​​ pendidikan, penyelidikan dan pembangunan modal insan, untuk pertumbuhan kewangan Islam.

MoU itu ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Prof Datuk Azmi Omar dan Munib, yang juga Pengerusi Dana dan Pembiayaan Al-Quds.

Munib juga merupakan usahawan dan negarawan serta pemimpin kalangan keluarga al-Masri.

Beliau juga dianggap sebagai rakyat Palestin terkaya dunia, dengan harta peribadi yang dilaporkan​​​​​​​bernilai satu pertiga daripada ekonomi Palestin. – BERNAMA

Tags: Munib Rashid al-Masri​​​​​​​
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd