• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Nepal Letak Jawatan Buka Jalan Kerajaan Baharu

oleh AK-47
15/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Perdana Menteri Nepal, Sher Bahadur Deuba, pada Khamis meletak jawatan untuk membuka jalan kepada perikatan berhaluan kiri membentuk kerajaan baharu, lapor agensi berita China Xinhua.

Selepas berucap kepada rakyat negara itu susulan satu mesyuarat kabinet pada sebelah pagi, Deuba mengumumkan peletakan jawatan beliau setelah selesai proses pemilihan wilayah, Dewan Perwakilan dan Perhimpunan Kebangsaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyerahkan keputusan akhir pemilihan persekutuan dan wilayah kepada Presiden Bidya Devi Bhandari pada petang Rabu.

“Di bawah kepimpinan saya, pemilihan penting tiga peringkat telah berjaya dilaksanakan, yang menetapkan asas untuk satu tempoh peralihan yang panjang,” kata beliau.

Deuba telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang ke-40 pada Jun tahun lepas di bawah perikatan dengan CPN Maoist Centre, menggantikan Pushpa Kamal Dahal.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Nepal dari 1995 hingga 1997, dari 2001 hingga 2002 dan dari 2004 hingga 2005.

Deuba dipecat oleh Raja Gyanendra Shah pada 2005 kerana gagal mengadakan pilihan raya dan membawa pemberontak Maois ke meja rundingan.

Sementara itu, CPN-UML, yang muncul sebagai parti politik terbesar dalam pilihan raya, secara rasmi menuntut pembentukan kerajaan baharu dengan sokongan CPN Maoist Centre.

Jawatankuasa Tetap CPN-UML yang telah bermesyuarat pada Rabu memutuskan untuk melantik Pengerusi parti itu, KP Sharma Oli, sebagai perdana menteri seterusnya.

Perikatan berhaluan kiri itu telah mengemukakan perkara tersebut kepada Presiden Bhandari pada pagi Khamis. – BERNAMA

Tags: Sher Bahadur Deuba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd