• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fatin Afeefa Tampil Jelas Isu Bomoh Bekas Suami

oleh
15/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM kita digemparkan mengenai bekas suami aktres, Fatin Afeefa iaitu Adam Shahz mendakwa dirinya ‘dibomoh’ oleh pelakon wanita itu.

Tidak terhenti di situ, Adam turut mendakwa Fatin berbuat demikian bagi menutup kecurangan yang dilakukan oleh pelakon itu sepanjang tempoh mereka bergelar suami isteri.

Baca: Sihir, Curang, Status Anak: Adam Bongkar Rahsia Fatin

Enggan terus menjadi tanda tanya, pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin tampil memberi kenyataan ringkas bagi mengulas berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas suaminya itu.

Menurut Fatin, dia sama sekali tidak pernah melakukan sesuatu yang menyalahi hukum agama seperti mana yang didakwa oleh Adam menerusi beberapa entri di laman sosial.

Malah, pada masa sama Fatin mahukan kepastian mengapa Adam itu membuat tuduhan berkenaan dengan mengaitkan namanya.

“Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.

“Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu,” ujarnya ringkas dipetik mStar Online, hari ini.

Di samping itu, Adam berkata, dia sama sekali tidak takut sekiranya Fatin mengambil tindakan terhadap tindakannya mengenai pendedahan tersebut kerana mengakui mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan yang dibuat itu.

Pada masa sama, Adam turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya masih mengganggu Fatin biarpun selepas lapan bulan berpisah.

“Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta,” ujarnya.

Tambah Adam, kenyataan yang diberikan oleh Fatin menerusi akhbar mingguan pada Ahad lalu yang mana mendakwa dia masih mengganggu kehidupan aktres itu agak melampau selain turut telah mengaibkan diri serta ahli keluarnya.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: adam shahzfatin afeefaNetizennetizen bawangsihir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd