• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raikan Tahun Baharu Cina Dengan Semangat Malaysia

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan semangat Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina bukan sahaja kepada kaum Cina tetapi juga kepada seluruh rakyat, semoga sambutan diraikan dengan semangat persaudaraan selaku rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan terkini laman blog beliau sskeruak.blogspot.my.

Salleh yang juga Bendahari UMNO, berkata persefahaman antara semua kaum adalah asas kemerdekaan Malaysia, justeru kaum Cina juga mempunyai hak ke atas negara ini seperti mana kaum Melayu dan selepas sekian lama, sambutan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali menjadi sambutan rakyat Malaysia.

“Ketika UMNO merundingkan kemerdekaan negara dengan British pada 1950-an, antara syarat yang diletakkan oleh British sebelum sebarang perbincangan diadakan ialah kaum Cina dan India mesti turut serta dalam perbincangan.

“Sehubungan itu, Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC ditubuhkan pada 1952,” katanya.

Salleh berkata rundingan kemerdekaan bukan mudah dan semua pihak yang terlibat terpaksa berkorban serta berkompromi dalam banyak perkara sehingga akhirnya persetujuan dicapai dan pada Ogos 1957 kemerdekaan diisytiharkan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakTahun baharu Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

22/01/2025
0

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd