• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuma Letak Jawatan Sebagai Presiden Afrika Selatan

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG – Jacob Zuma, 75, akhirnya tunduk kepada tekanan dan meletak jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

“ANC tidak sepatutnya berpecah-belah kerana saya. Oleh itu, saya telah memutuskan untuk meletak jawatan,” umum Zuma ketika berucap kepada rakyat.

Pemimpin yang dilanda masalah itu berkata walaupun beliau tidak bersetuju dengan keputusan Kongres Nasional Afrika (ANC) untuk memecatnya, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden republik tersebut.

Peletakan jawatan Zuma adalah susulan kekacauan yang berlaku selama dua minggu dalam parti pemerintah selepas beliau enggan berundur apabila diminta berbuat demikian oleh pemimpin tertinggi ANC.

Mesyuarat jawatankuasa eksekutif kebangsaan ANC pada Isnin memutuskan untuk memecat Zuma sebagai presiden dan memberi tempoh kepada beliau sehingga Rabu untuk mengundurkan diri daripada jawatan tertinggi itu.

Pada Rabu, Zuma berkata beliau tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan tentang kesalahannya dan mendakwa telah menjadi mangsa kepimpinan ANC.

Peletakan jawatan Zuma menyaksikan Timbalan Presiden Cyril Ramaphosa telah dilantik sebagai Pemangku Presiden Afrika Selatan.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan pada Khamis atau Jumaat. – BERNAMA

Tags: Afrika Selatanletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat...

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju memberi cuti sementara kepada Timbalan Presiden parti itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd