• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Pembinaan, Penggantian Rumah Rosak Mesti Dipercepat

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua program berkaitan bantuan kepada penduduk terjejas banjir termasuk pembinaan dan penggantian semula rumah yang rosak, dilakukan secepat mungkin.

Beliau berkata masalah serta penderitaan rakyat yang terjejas akibat bencana alam itu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, dan ia mesti ditangani dalam tempoh terdekat.

“Walaupun banjir sudah surut tapi masalah penderitaan rakyat mestilah diselesaikan secepat mungkin.

“Terima kasih juga kepada agensi kerajaan dan sukarelawan yang terlibat dalam membantu menangani masalah banjir ini,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Najib berkata semua pihak perlu mengambil iktibar daripada banjir baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai luar biasa, dan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan malapetaka secara lebih serius.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jan lepas berkata kabinet bersetuju supaya rumah yang tidak rosak sepenuhnya diberi bantuan pada kadar antara RM5,000 dan RM10,000.

Selain itu, bagi mangsa yang mempunyai tanah tetapi rumah mereka hanyut atau rosak 100 peratus akibat banjir, kabinet juga bersetuju untuk membina semula rumah di tapak mereka dengan model dipersetujui kabinet, bernilai RM48,000 sebuah.

Pada perhimpunan itu, Najib turut menerima sumbangan sebanyak RM425,236 bagi Tabung Bencana Banjir hasil sumbangan kakitangan JPM, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) serta individu. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd