• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakaf Hartanah Tidak Boleh Dibuat Sekadar Niat

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Umat Islam di negara ini yang berhasrat mewakafkan tanah dan harta untuk tujuan kebaikan harus menyediakan dokumentasi mengikut perundangan, demikian saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengutarakan saranan itu bagi memastikan tidak berlaku tuntutuan atau pertikaian daripada waris pemilik tanah.

“Bila seorang yang hendak mewakafkan hartanah kena ikut perundangan. Kita ada Kanun Tanah Negara, Baitulmal dengan Undang-undang Agama Islam setiap negeri.

Jadi, perkara-perkara yang ada melibatkan aspek perundangan seperti wakaf ini tidak boleh dilakukan dengan niat sahaja, sebaliknya ia perlu didokumentasikan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum petang bersama masyarakat setempat dan kariah Masjid Ubudiah di Parit 19 di Hutan Melintang di sini petang ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata banyak tanah wakaf di negara ini tidak dapat dibangunkan akibat timbul pertikaian dan tuntutan daripada waris berikutan nilai hartanah berkenaan yang tinggi.

“Ketika saya menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, nilai tanah wakaf pada 2009 adalah RM9 bilion mengikut nilai pasaran dan mungkin pada masa ini, nilainya meningkat 30 atau 50 peratus.

“RM9 bilion itu (tanah wakaf terbiar), jika tidak dibangunkan ia akan menjadi tanah terbiar dan ini amat merugikan umat Islam,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Ridzuan, Parit 19, Hutan Melintang.

Beliau yang tiba kira-kira 6.15 petang disambut mesra 127 murid, guru dan kakitangan sekolah serta dibawa meninjau perkarangan sekolah itu yang mempunyai enam buah kelas.

Ibu bapa pelajar turut sama meraikan kehadiran Ahmad Zahid di sekolah itu.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya dibawa melawat Kedai Koperasi Masjid Ubudiah dan minum petang bersama penduduk di perkarangan masjid tersebut yang terletak bersebelahan dengan sekolah itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidiwakaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd