• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPP Komited Perkasa Pergerakan Peladangnita

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited memberi peluang membantu wanita dalam bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan yang boleh memberi pendapatan tinggi, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Pengerusinya Tan Sri Zainal Dahalan berkata LPP akan memastikan semua wanita di negara ini mendapat peluang, pengetahuan dan pendedahan supaya mampu bergerak seiring dengan arus perubahan negara melalui pergerakan Peladangnita Kebangsaan.

“Pergerakan Pertubuhan Peladang telah mengangkat peranan wanita dengan menambah baik dasar Pertubuhan Peladang menjadikan wanita sebagai ahli Jemaah Pengarah di semua peringkat pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara.

“Peranan wanita telah diangkat untuk bersama-sama memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang, sinonim dengan pengumuman oleh kerajaan tahun 2018 diangkat sebagai Tahun Memperkasa Wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Karnival Peladang Jaya yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan dihadiri kira-kira 5,000 petani dan masyarakat setempat di Perkarangan PPK Kampung Gajah di sini hari ini.

Karnival itu diadakan sempena ulang tahun ke-45 LPP dan perasmian bangunan baharu PPK Kampung Gajah serta pelancaran hari bertemu pelanggan yang bertujuan sebagai satu platform memantapkan sinergi dan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan dalam memberi perkhidmatan.

Menurut Zainal lagi, melalui penglibatan wanita dalam bidang pertanian, kementerian dapat memenuhi aspirasi untuk menjamin perkongsian saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat.

Kumpulan Peladangnita di bawah seliaan LPP melalui pergerakan Pertubuhan Peladang merupakan satu kegiatan wanita di bawah pergerakan Pertubuhan Peladang.

Ia merupakan satu kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan menggiatkan penyertaan dari kalangan anggota wanita Pertubuhan Peladang. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zainal Dahalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: 21,900 Pesawah, Penternak Terjejas

07/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengenal pasti 21,900 pesawah, penternak ikan sangkar dan petani di Kedah dan Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd