• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: SPR Akan Perkenal Kaedah ‘Urut Jari’

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan kaedah ‘urutan jari’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi.

Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata menerusi prosedur baharu itu, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.

“Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangkan pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan.

“Dalam masa sama ia juga untuk memperkemaskan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat sempena Si­ri Jelajah Taklimat PRU14 di Auditorium RTM di sini hari ini.

Lebih 60 pengamal media Pahang mengikuti taklimat itu yang bermula dari 9 pagi hingga 1 tengah hari yang turut disampaikan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi tersebut Abdul Fatah Mohd Pilus.

Dalam program itu, pihak media diberi penera­ngan berhubung perjalanan sistem pilihan raya di negara ini di samping prosedur permohonan pas media dan tatacara membuat liputan sepanjang PRU14.

Akademi Pilihan Raya SPR turut melakukan simulasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian, selain turut menyentuh isu berbangkit setiap kali pilihan raya.

Beliau turut berharap hasil maklumat yang diperoleh itu dapat digunakan pengamal media untuk disebarkan kepada orang ramai bagi mengelak persepsi negatif rakyat kepada SPR.

Katanya Pahang merupakan negeri keempat program SPR turun padang selepas Terengganu, Kelantan dan Selangor.

“Kami akan teruskan program seperti ini, dengan penjelajahan ke negeri lain berdasarkan jemputan untuk memberikan lebih banyak maklumat dan pendedahan kepada rakyat dalam meningkatkan kesedaran bahawa prosedur pilihan raya yang SPR lakukan selama ini telus dan tidak memihak kepada mana-mana parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd