• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bina 15 Klinik Baharu Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan persekutuan meluluskan pembinaan 15 Klinik Kesihatan Jenis 7 yang baharu sejak 2015 bagi menggantikan Klinik Desa yang rosak akibat banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata pembinaan klinik kesihatan itu dianggarkan bernilai RM85 juta, dengan 10 klinik sedang dalam proses pembinaan.

“Antara 10 klinik yang sedang dibina termasuklah Klinik Kesihatan Rantau Panjang, Klinik Kesihatan Kok Lanas dan Klinik Kesihatan Pos Brooke.

“Lima lagi klinik akan dibina selepas kita temui tapak yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Permulaan Pembinaan Tapak Klinik Kesihatan Jenis 3 Penambang di sini, hari ini.

Klinik Penambang yang akan dibina di atas tanah seluas 3.4 hektar dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, bakal memberi manfaat kepada hampir 20,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah Klinik Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Kecemasan, Pergigian, Pentadbiran dan Pengurusan, Unit Makmal, Unit Farmasi, Unit Pemulihan Cara Kerja, Unit Pemulihan Anggota, Unit Perkhidmatan X-Ray dan Unit Bekalan Air dan Kesihatan Alam Sekeliling (BAKAS).

Dr Ahmad Razin berkata projek itu akan menggantikan klinik sedia ada dengan kos RM21.3 juta dan dijangka siap menjelang akhir 2019.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Hospital Kuala Krai (HKK) yang baharu, beliau berkata hospital berkenaan kini telah 99.5 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac ini.

Katanya ia merupakan satu daripada projek mega oleh kerajaan Persekutuan di Kelantan untuk kemudahan rakyat. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Kerajaanklinik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan pendekatan politik yang diamalkannya dalam menyelesaikan masalah rakyat...

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd