• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wany Hasrita Enggan Layan Kecaman Netizen

oleh
15/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI muda berbakat besar, Wany Hasrita mengakui terkesan dengan kritikan negatif netizen terhadap persembahannya pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), Ahad lalu.

Pun begitu, anak jati kelahiran Selangor ini bertekad untuk tidak ambil peduli mahupun memikirkan berhubung hal berkenaan.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini lebih selesa memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjayanya kelak.

“Tujuan saya muat naik status terdapat buli siber bukan kerana berasa tertekan. Tapi ingin memberi kesedaran pada orang luar bahawa buli siber itu sememangnya wujud.

“Baru saya tahu perasaan orang yang melalui situasi buli siber. Memang menyakitkan hati. Pada awalnya, tidak dinafikan saya terkesan juga dengan kritikan netizen.

“Tapi hanya sekejap sahaja. Saya dah lakukan yang terbaik pada malam itu. Jadi, lebih baik saya fokus pada karier selepas ini,” katanya seperti dipetik mStar Online, hari ini.

Jelas Wany lagi, idea dan konsep yang dibawa pada malam kemuncak itu bukan datang daripada pihaknya atau pengurusan tetapi hanya mengikut kehendak pihak ketiga.

“Pihak tersebut yang mahukan konsep seperti itu. Saya sebagai pendatang baru hanya ikut sahaja. Takkan saya nak demand atau jadi diva,” jelas Wany.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun ini mengatakan sekiranya diberikan peluang, dia ingin melakukan sesuatu konsep berbeza dan sesuai dengan lagu berkenaan yang mana mempunyai banyak maksud tersirat.

“Kalau ikutkan saya sendiri mahukan konsep yang berlainan dan sesuatu yang boleh orang ingat sampai bila-bila.

“Lagu Menahan Rindu itu sendiri mempunyai maksud yang banyak. Bukan hanya untuk kekasih sahaja tetapi rindu pada ahli keluarga juga,” katanya.

Sabar je lah, sudah menjadi lumrah apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti akan mendapat perhatian.

Maklumlah, netizen sekarang ni kan terlalu ‘bijak’ dalam melontarkan pendapat sehingga tidak memikirkan perasaan pihak lain. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Netizennetizen bawangwany hasrita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd