• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Malaysia Negara Ke-5 Paling Ramai Di Britain

oleh
14/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Warganegara kelima yang paling ramai berkhidmat sebagai doktor profesional dengan National Health Service (NHS) di seluruh United Kingdom ketika ini adalah dari Malaysia.

Akhbar tempatan popular Daily Mail turut mendedahkan, berdasarkan laporan agensi kesihatan awam kebangsaan itu, seramai 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat sepenuh masa di Britain setakat bulan September tahun lalu.

Sementara itu seramai 2,201 rakyat Malaysia pula telah didaftarkan sebagai pekerja kesihatan di hospital milik NHS dan menjadikan warga Malaysia sebagai populasi asing ke-16 paling besar berkhidmat dengan agensi berkenaan.

Namun, tiada rekod terperinci dikeluarkan pihak NHS berhubung jawatan dipegang rakyat Malaysia yang bekerja dalam bidang bukan kedoktoran di negara Eropah itu sama ada jururawat, pemandu ambulans atau petugas rencam.

Kumpulan warga Malaysia itu sekali gus membentuk sebahagian daripada 137,000 rakyat asing berkhidmat dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam di fasiliti klinik atau hospital seluruh Britain bawah kendalian pihak NHS.

Bagaimanapun rekod perpustakaan di dewan rendah Parlimen negara maju berkenaan sebelum itu mendedahkan terdapat seramai 976,288 pekerja warga British sendiri bertugas dengan NHS yang merangkumi 87.5 peratus.

“Sebaliknya ada sejumlah 137,000 doktor, jururawat dan staf prasarana NHS dari pelbagai negara luar termasuk hampir 62,000 rakyat beberapa negara Kesatuan Eropah iaitu sekitar 5.6 peratus,” lapor harian Daily Mail lagi.

Warga Britain justeru kekal menguasai bidang tersebut disusuli rakyat dari India dengan 18,348 orang, kemudian Filipina pula sebanyak 15,391 orang diikuti negara jirannya, Ireland iaitu 13,016 orang dan Malaysia tempat kelima.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebelum ini menyatakan bahawa negara itu masih lagi kekurangan pakar perubatan untuk ditempatkan di semua 967 buah klinik kesihatan di seluruh negara.

Menurut laporan Fakta Kesihatan 2016 diterbitkan Kementerian Kesihatan, Malaysia hanya ada 46,491 doktor bertauliah dengan nisbah pesakit 1:656 manakala pakar pula kira-kira 7,000 orang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BritaindoktorNHS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd