• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jam Tangan Mewah: Menteri Thai Mohon Maaf Kritik Keras

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Menteri Pendidikan Thai terpaksa memohon maaf selepas beliau didapati membuat kritikan keras berhubung isu jam tangan mewah membabitkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwan.

Teerakiat Jareonsettasin, yang mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi dalam wawancara dengan BBC Thai semasa di London baru-baru ini, berkata beliau memohon maaf kepada timbalan perdana menteri.

Namun pada masa sama, memutuskan untuk terus memegang jawatan, di sebalik spekulasi awal bahawa beliau akan meletak jawatannya dalam Kabinet.

“Saya mengaku membuat komen itu (tentang Jen Prawit), saya rasa agak kurang sopan apabila saya menyebutkan (komen itu) tentang seorang rakan setugas dalam Kabinet atau timbalan perdana menteri. Jadi, saya telah minta maaf kepada beliau,” katanya kepada anggota media yang menunggu di Rumah Kerajaan hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan Prawit.

Timbalan perdana menteri menerima desakan bertalu-talu daripada orang ramai yang mahu supaya beliau segera meletak jawatan selepas dilihat memakai beberapa utas jam tangan mewah ketika menghadiri beberapa majlis rasmi.

Prawit berikrar untuk melepaskan jawatannya jika siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Anti Rasuah Negara (NACC) berhubung jam mewah dalam pemilikannya itu, mendapati beliau bersalah.

Teerakiat yang pulang ke tanah air dari London semalam tetapi tidak menghadiri mesyuarat Kabinet hari ini, juga berkata timbalan perdana menteri tersenyum dan menganggukkan kepala semasa beliau memohon maaf atas kelantangannya itu manakala Prayut pula bertanyakan beberapa soalan tentang perkara itu.

Dalam wawancara yang disiarkan semalam, menteri pendidikan itu mengeluarkan kenyataan kontroversi berhubung skandal jam tangan mewah, bagaimanapun terhenti daripada menyebut nama timbalan perdana menteri.

“Mengenai jam tangan itu, jika saya orang yang mendedahkannya, saya akan meletak jawatan selepas jam pertama lagi,” katanya yang dipetik dalam wawancara itu, yang turut dilengkapi klip audio mengandungi kenyataan tersebut.

Sementara itu, perdana menteri yang ditemui media selepas mesyuarat berkenaan, berkata perpaduan dalam Kabinet beliau adalah teguh, dan beliau berkeyakinan bahawa isu terkini berhubung kenyataan Teerakiat itu tidak akan membahayakan kerajaan.

“Kabinet tidak goyah, setiap orang saling menyayangi dan memahami satu sama lain, saling memberi sokongan moral. Jika seseorang itu berbuat salah, maka bermaaf-maafan dan semuanya pun selesai,” katanya. – BERNAMA

Tags: jam tanganJen Prawit Wongsuwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Setiausaha Politik Menteri Ditahan Terima Jam RM28,000

01/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang setiausaha politik menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penerimaan jam tangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd