• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihan Kerusi PH Selangor Belum Muktamad Lagi

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Dr Xavier Jayakumar mengakui masih terdapat percanggahan dan pertindihan kerusi yang dituntut parti komponen dalam Pakatan Harapan Selangor, untuk pilihan raya unum tahun ini.

Terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Lima belas kerusi DUN itu termasuk yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan PAS pada PRU13.

“Kesemua kerusi itu adalah yang kami ‘letakkan dalam satu bakul’ sebagai kerusi yang boleh diterima semua pihak.Jadi kerusi-kerusi itu akan diagihkan kepada semua parti komponen PH,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Xavier bersama pimpinan PH Selangor dan PH Nasional bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyerahkan lebih 200 bantahan terhadap syor kedua kajian persempadanan semula kawasa pilihan raya di Selangor di pejabat SPR itu.

Tempoh bantahan berakhir esok.

Ditanya mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berkeras mahu bertanding di 12 kerusi DUN dimenangi BN, beliau berkata semua parti mempunyai kerusi DUN tertentu yang ingin ditandingi, namun pihaknya tetap berpegang kepada pendirian Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pengagihan kerusi DUN harus bersandarkan kepada ‘faktor boleh menang’.

“Semua orang ada angka masing-masing tetapi kita berpegang kuat pada apa yang disebut oleh Pengerusi PH (Mohamed Azmin) iaitu boleh menang…tidak kira parti mana, calon mana tetapi kena ada faktor boleh menang, kita nak menang Selangor.

“Kalau parti kata nak 12, 13 (kerusi DUN), dan sebagainya tetapi tidak boleh menang apa gunanya,” katanya.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin sebelum ini dilaporkan berkata PPBM tetap akan mempertahankan bertanding 12 kerusi DUN selaras dengan matlamat asal penubuhan parti yang mahu bersaing dengan UMNO pada PRU14​​​​. – BERNAMA

Tags: Dr Xavier Jayakumar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Dapat Dielakkan

23/04/2019
0

BANGI - Gangguan bekalan air di Lembah Klang Rabu ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan tidak timbul masalah air pada...

Kaji Guna Sumber Air Bawah Tanah – Xavier

18/12/2018
0

SHAH ALAM – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang melakukan kajian secara menyeluruh bagi melihat potensi air bawah tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd