• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Dunia Bantu Laksana Agenda Pendidikan

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Dunia sedia membantu Malaysia meneruskan agenda pembaharuan pendidikannya dalam usaha mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Pengurus Negara World Bank Group Global Knowledge and Research Hub di Malaysia Faris Hadad-Zervos berkata Malaysia sedar tentang keperluan meningkatkan hasil pendidikan dan menghapuskan segala kekangan terhadap pertumbuhan produktiviti.

“Aspek ilmu dan penyelidikan adalah komponen berharga dalam usaha bank ini di peringkat global untuk membantu negara berkenaan mencapai matlamat dan hasrat pembangunan masing-masing.

“Nilai kami adalah kemampuan kami untuk menangani perkara pokok dalam isu global dan tempatan, melengkapi kerja berkaitan dasar dengan respons operasi dan kewangan serta mendampingkan diri dengan sektor awam dan swasta,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laporan bertajuk ‘Menambah Baik Prestasi Sektor Pendidikan: Pengajaran Daripada Pendekatan Unit Penyampaian Pendidikan (Padu)’ di sini hari ini.

Laporan itu dilancarkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Sulaiman Wak.

Zervos berkata usaha Malaysia dalam menangani cabaran pendidikan, khususnya melalui penubuhan sebuah unit penyampaian bagi menjejaki hasil, boleh membantu negara lain yang ingin menambah baik pelaksanaan mereka dalam sektor itu.

Laporan itu mengetengahkan peranan Padu yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi menambah baik pencapaian dalam bidang pendidikan, yang merupakan antara keutamaan kerajaan.

Laporan itu juga menerangkan bagaimana Padu memudahkan pelaksanaan program dan penyampaian hasil melalui program LINUS (Literacy and Numeracy Screening).

Berbeza daripada intervensi lain, pasukan petugas LINUS diangotai beberapa bahagian yang bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mewujudkan rangka kerja berkesan bagi tujuan penyelarasan, pengesanan, pemantauan dan penyediaan laporan. – BERNAMA

Tags: bank dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

SMKKJ Jadi Kolej Tingkatan 6 Dipersetujui Tiga Tahun Lalu

Kanak-kanak Malaysia Tidak Cukup Belajar Di Sekolah – Laporan Bank Dunia

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan baharu Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd