• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Murid Dikurung – Ibu Tiri Beritahu Jiran Mangsa Dirasuk

oleh AK-47
19/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kes kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikurung dan didera di Butterworth, Pulau Pinang beberapa hari lalu, jiran-jiran memberitahu ibu tirinya pernah mendakwa kanak-kanak itu dirasuk roh jahat, menurut laporan The Star.

Perkara itu diceritakannya kepada beberapa jiran yang mengenalinya di Pangsapuri Sungai Dua Utama itu.

Imbas kembali kes ini, mangsa diselamatkan pihak polis selepas gurunya membuat laporan berikutan curiga dengan keadaan muridnya yang lemah dan tidak bermaya pada hari pertama persekolahan selain tidak hadir ke sekolah pada hari-hari berikutnya.

Pihak polis yang datang ke kediaman mangsa mendapati dia ditinggalkan seorang diri dalam sebuah unit pangsapuri, manakala keluarganya mendiami sebuah lagi unit yang bertentangan.

(BACA: Murid Tahun Satu Tidak Ke Sekolah Dipercayai Didera)

Jiran yang dikenali sebagai Mohd Suhaimi Abdullah, 27, memberitahu, dia dan keluarganya tidak mengetahui apa berlaku sehinggalah polis datang menyelamatkan kanak-kanak itu.

Menurutnya lagi, bapa mangsa tidak pernah berbual dengan jiran dan sering kelihatan menyendiri.

Isteri Suhaimi pula berkata, dia pernah mendengar ibu tiri mangsa menjerit dalam kediaman tersebut, namun tidak berani memeriksa apa yang berlaku.

Seorang lagi jiran, Liza, menyatakan dia pernah memberi biskut pada kanak-kanak itu sebaik sahaja mengetahui mangsa tidak diberi makan.

Pada hemat kami, walau apa pun alasannya, perbuatan meninggalkan seorang kanak-kanak yang masih kecil tanpa makanan dan penjagaan adalah kejam dan tidak dapat dimaafkan.

Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran bukan sahaja oleh ibu bapa, tetapi juga jiran tetangga supaya lebih mengambil berat mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Rasanya, tak salah untuk ‘jaga tepi kain orang’ jika berasakan ada sesuatu tak kena sedang berlaku terutama melibatkan kes penderaan, betul tak? –MYNEWSHUB.CC

TAHU ATAU SYAK KEJADIAN DERA? HUBUNGI TALIAN NUR

4

Oleh: ELZA

Tags: dalam negaraDeraJenayahkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd