• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Beri Insentif Lebih RM400,000 Tahun Lepas

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pengiktirafan berkenaan selaras dengan surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2011 bertajuk ‘Garis Panduan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah’.

“Mereka menerima saguhati daripada SPRM kerana pihak kami tidak boleh bergerak bersendirian, perjuangan memerangi rasuah memerlukan kerjasama semua pihak.

“Saya berharap mereka boleh menjadi ejen dan sahabat kepada SPRM serta terus membantu dalam membanteras rasuah,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (Gempur) di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sinihari ini.

Beliau berkata kempen Gempur berkenaan selaras dengan peruntukkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 yang menjelaskan seksyen tersebut mewajibkan mana-mana individu melaporkan tawaran atau pemberian rasuah kepada badan bebas itu.

“Kegagalan melaporkan adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Kempen Gempur adalah penjenamaan semula kepada kempen ‘Perangi Pemberi Rasuah’ dengan slogan kempen baharu ‘Anda Hulur, Kami Lapor’, bertujuan mendidik penjawat awam menolak sebarang bentuk rasuah ketika bertugas. – BERNAMA

Tags: SPRMTan Sri Dzulkifli Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd