• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Basikal Maut Diseret Kereta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dan diseret hampir 100 meter (m) dalam kemalangan di Simpang Tiga, Pekan Gurney di sini, malam tadi.

Dalam insiden jam 9.50 malam, mangsa dikenali sebagai Alam Hashim, maut di lokasi kejadian selepas basikal ditunggangnya dirempuh kenderaan itu.

Difahamkan ketika kejadian, kereta PROTON Waja dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun dalam perjalanan dari arah Kampung Koh menghala ke Ayer Tawar.

Mangsa yang menunggang basikal dipercayai tiba-tiba datang dari bahu jalan sebelah kiri dan melintas ke kanan jalan, menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu merempuh sisi kanan basikal mangsa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Khairul Azizi Kamaruddin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.59 malam.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa terseret hampir 100m dan terperosok di bawah kereta.

“Bomba mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan hospital yang tiba kemudian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 10.42 malam. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan

Tags: kemalangan mautwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd