• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Kematian Pembantu Rumah Ke Akar Umbi

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Lee Lam Thye meminta pihak berkuasa menyiasat hingga ke akar umbi kes pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia semalam disyaki akibat didera majikannya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Naib pengerusi kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia itu berkata pihak berkuasa juga perlu memastikan hukuman yang akan dikenakan juga setimpal dengan perlakuan terhadap mangsa.

“Kejadian itu menjurus kepada pencabulan hak asasi manusia, sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Lee, yang terkejut dengan kejadian itu, kepada Bernama.

Adelina Lisio, 28, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam selepas dia dipercayai didera di suatu alamat di Taman Kota Permai 2.

Polis menahan tiga orang, masing-masing berumur 36, 39 dan 60 tahun berhubung kes itu.

Menurut laporan, beberapa jiran mendakwa wanita berkenaan dipaksa tidur bersama seekor anjing jenis Rottweiler di anjung sebuah rumah selama lebih sebulan sebelum dia ditemukan pada Sabtu. Mangsa mempunyai kesan lebam pada kepala dan muka serta luka yang mengalami jangkitan pada kaki dan tangan.

Lee, aktivis sosial terkemuka, berkata majikan tidak sepatutnya mendera pembantu rumah walau atas apa alasan sekali pun, dan semua masalah perlu diselesaikan, tanpa melayan mereka dengan buruk.

Seorang wakil pejabat konsul Indonesia di Pulau Pinang hari ini berkata Adelina, yang keluarganya tinggal di Nusa Tenggara, Kalimantan, bekerja dengan keluarga warga tempatan itu sejak 2014.

Neni Kurniati berkata pejabat konsul itu memandang serius perkara tersebut dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan mereka. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd