• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Komanwel, Sukan Asia 2018 Keutamaan Jijoe

oleh AK-47
12/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang mengesahkan beliau akan memberi keutamaan khusus kepada persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.

Jaguh berbasikal negara itu yang lebih mesra dengan panggilan Jijoe dalam kalangan rakan sepasukan, berkata beliau perlu bijak memilih kejohanan yang bakal disertainya pada tahun ini bagi memastikan dirinya berada pada prestasi terbaik ketika menyertai sesuatu kejohanan.

Sukan Komanwel bakal diadakan di Gold Coast, Australia dari 4 hingga 15 April, manakala Sukan Asia dijadual berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept di Indonesia.

“Penyertaan saya pada Kejohanan Berbasikal Asia, penghujung minggu ini bukan sasaran untuk meraih pingat kerana saya perlu menghadapi cabaran lebih besar selepas ini, Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azizulhasni berpuas hati dengan program latihan diatur jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley yang memberi fokus kepada kualiti latihan berbanding tempoh latihan.

“Tahun ini, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian saya untuk memberi fokus pada kalendar perlumbaan tahun ini yang begitu padat.

“Peningkatan amat drastik dalam program latihan dan saya sangat berpuas hati dengan perancangan yang ditetapkan jurulatih,” jelas anak jati Terengganu itu.

Sementara itu, Beasley berpuas hati dengan peningkatan ditampilkan Mohd Azizulhasni semasa sesi latihan, namun banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu berada pada prestasi terbaik bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.

“Apa yang saya boleh katakan, otot-otot Mohd Azizulhasni semakin mantap yang menjadi keutamaan kami sejak setahun lepas, dengan sebahagian latihan dijalankan di gimnasium,” kata Beasley.

“Beliau dalam keadaan yang sangat baik kerana kita sudah merangka setiap program latihan beliau dan kita akan teruskan usaha itu sebelum dia menyertai sebarang kejohanan utama,” kata jurulatih kelahiran Australia itu.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni dan Beasley ditemui pemberita selepas menerima lawatan daripada Pengerusi Institut Sukan Negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How di Velodrom Nasional, di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Asia 2018: Malaysia Pasrah Jumpa India

28/08/2018
0

JAKARTA - Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh akhir Sukan Asia 2018, Khamis ini selepas...

Sukan Asia 2018: Pendekar Terus Berjuang Hingga Titisan Terakhir

28/08/2018
0

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun merebut emas di Padepokan Pencak Silat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd