• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Lindungi Rakyat Di Pesisir Pantai

oleh AK-47
12/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan komited untuk melindungi rakyat yang tinggal di sepanjang pantai serta persekitaran pesisir pantai dan ini terbukti melalui peruntukan RM624.5 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 untuk menguruskan pesisir pantai.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata peruntukan itu adalah untuk projek-projek melibatkan antara lain penjagaan pantai, pembinaan tembok untuk menahan ombak, benteng dan tembok untuk lindungi pesisir daripada hakisan.

“Projek ini bertujuan untuk memanfaatkan kawasan pesisir pantai sepanjang 45.38 km, 250,000 orang yang tinggal di sepanjang pantai dan juga melindungi kerosakan harta benda awam sehingga RM75 juta,” kata beliau dalam ucapan pada Simposium Antarabangsa mengenai Hakisan Pantai dan Alam Sekitar 2018 di sini hari ini.

Sebanyak 28 kertas kerja akan dibentangkan pada simposium selama dua hari itu yang dihadiri oleh 250 peserta dari dalam dan luar negara, yang bermula hari ini.

Beliau berkata Malaysia terus mencari kaedah-kaedah inovatif untuk melindungi kawasan pesisir pantainya.

“Kami mengalu-alukan pertukaran idea, teknologi baharu dan amalan terbaik antarabangsa demi melindungi hakisan pantai,” kata beliau.

“Menangani hakisan pantai perlu diberi perhatian dalam dasar awam kerana kemusnahan pesisir pantai akhirnya akan menyebabkan kerugian ekonomi yang berbeza-beza,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd