• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Gusar Permintaan Ekstradisi Etnik Uighur

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Mana-mana negara tidak perlu gusar terhadap Malaysia yang menerima permintaan rasmi daripada China untuk mengekstradisi 11 etnik Uighur Islam yang dilaporkan ditahan di negara ini selepas melarikan diri dari penjara Thailand, tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Malaysia sedang mempertimbangkan permintaan China itu, namun siasatan terperinci sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada dalam kalangan 11 individu itu terlibat dalam keganasan.

“Kita telah memperolehi permintaan rasmi daripada China untuk 11 orang Uighur yang telah ditangkap di Thailand yang masuk negara itu daripada wilayah Yunan terutama yang datang dari Urumqi dan beberapa wilayah lain di China (yang dilaporkan telah ditahan di Malaysia).

“Prinsip kita ialah kalau sesebuah negara memohon supaya rakyat mereka diekstradisi, kami (akan buat) keputusan berdasarkan perjanjian ekstradisi yang termaktub di dalam Bantuan Perundangan Bersama (MLA),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, hari ini. Turut hadir isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UTHM, Prof. Dr. Wahid Razzaly.

Ahmad Zahid berkata oleh kerana Malaysia mempunyai MLA dan perjanjian ekstradisi dengan pihak China, maka perjanjian-perjanjian tersebut perlu dihormati.

Beliau berkata Malaysia sebelum ini juga mengemukakan permohonan ekstradisi apabila ada rakyat negara ini yang ditahan di China kerana terlibat pemalsuan kad kredit dan beberapa jenayah lain, untuk dibawa ke Malaysia untuk dihukum atau didakwa.

Katanya, oleh itu Malaysia memberi pertimbangan terhadap permintaan China tersebut dan tentunya mana-mana negara tidak perlu khuatir terhadap tindakan dilakukan Malaysia.

Semalam, Reuters yang memetik sumber melaporkan 11 etnik Uighur ditahan di utara Malaysia dan China sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia berhubung pengusiran mereka.

Laporan itu mendakwa Malaysia berada dalam keadaan ditekan hebat oleh China untuk menyerahkan mereka ke negara itu, bukannya ke Thailand. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd