• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Setuju Struktur Majlis Tindakan Sara Hidup

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Kabinet yang bermesyuarat pada Rabu lalu telah mempersetujui cadangan mengenai struktur Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dikemukakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata untuk tindakan lanjut, beliau akan mendapatkan persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penetapan tarikh mesyuarat majlis berkenaan.

“Mesyuarat tersebut yang akan dianggotai oleh menteri, badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik akan membincangkan secara terperinci mengenai struktur majlis berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai perkembangan majlis itu yang akan memberi tumpuan kepada lima kluster iaitu pendidikan, pengangkutan, utiliti, makanan dan minuman serta perumahan.

Kata Hamzah, setiap kluster akan dipengerusikan ketua setiausaha di kementerian yang terlibat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan dilantik nanti.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata lebih 106 Karninal Jualan Rakyat telah diadakan di seluruh negara sehingga Rabu lalu dengan jumlah kehadiran seramai 500,000 pengunjung.

“Karnival itu dijangka mencecah 200 minggu ini. Ini membuktikan karnival ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai lawatan pertamanya ke Pasar Majlis Perbandaran Taiping sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina sebelum itu, Hamzah berkata peniaga dilihat mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga merah jambu pada 13 jenis barangan kawalan.

“Ini menunjukkan peniaga beretika dan memahami tentang tanggungjawab mereka terhadap negara,” katanya dengan menambah peniaga boleh menurunkan harga tetapi tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

5 Barangan Keperluan Asas Dijamin Tidak Naik

16/04/2018
0

PADANG TERAP - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima keperluan asas di negara ini tidak akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd