• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thai Turut Bantah Cadangan Sekatan Minyak Sawit EU

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Thailand, pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia, akan bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia untuk menolak usul Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan perdagangan terhadap minyak sawit sebagai sebahagian daripada perundangan rasminya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Perdagangan Thailand, Sontirat Sontijirawong, di sini, berkata kesediaan Thailand untuk bekerjasama juga menggambarkan kesepakatan serta ketegasan negara-negara pengeluar utama minyak sawit untuk menentang ketidakadilan dan penindasan berterusan Parlimen EU terhadap komoditi itu.

“Komitmen Thailand juga membuktikan bahawa Malaysia tidak bersendirian dalam memperjuangkan nasib lebih tiga juta pekebun kecil sawit di rantau ASEAN dan usaha penentangan ini mendapat sokongan padu daripada negara-negara pengeluar minyak sawit lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Thailand dianggar mengeluarkan hampir 2.5 juta tan metrik minyak sawit tahun lepas.

Mah berkata negara-negara pengeluar minyak sawit utama ASEAN – Indonesia, Malaysia dan Thailand – akan menggunakan semua ruang yang ada untuk menentang sekatan yang diusulkan oleh Parlimen EU itu termasuk menerusi kerangka ASEAN.

Semasa mesyuarat tertutup itu, yang juga disertai pegawai eksekutif kanan dari kedua-dua kementerian tersebut, isu mengenai getah juga dibincangkan, menumpukan berkenaan langkah-langkah untuk menstabilkan harga pasaran getah dunia.

Mah memberi jaminan bahawa Malaysia akan patuh terhadap kouta eksport getah asli seperti yang dipersetujui melalui Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetujui pada Mesyuarat Khas Negara-Negara Tiga Pihak Getah Antarabangsa (ITRC) pada 22 Dis, tahun lepas.

Beliau berkata ketiga-tiga negara ITRC itu juga bersetuju untuk mengehadkan eksport getah asli kepada 350,000 tan metrik bagi tiga bulan pertama 2018.

“Kesediaan negara-negara ITRC untuk mematuhi kouta yang diperuntukkan adalah penting bagi memastikan mekanisme ini dapat memberikan impak positif terhadap harga pasaran getah asli global,” katanya. – BERNAMA

Tags: minyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd