• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Kemungkinan Wujud Atur Perlawanan MU

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahkan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menyiasat kemungkinan berlaku pengaturan perlawanan membabitkan pemain pasukan itu susulan kekalahan teruk pasukan tersebut pada perlawanan kedua Liga Super menentang Selangor baru-baru ini.

Idris yang juga Presiden MUSA berkata siasatan mengenai kekalahan besar pasukan Melaka United (MU) 4-1 kepada Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada Selasa lalu sedang dijalankan oleh pihak pengurusan.

“Itu adalah satu petanda tidak baik bagi pasukan MU dan saya mengarahkan pengurus pasukan melakukan kajian secara terperinci aspek kebolehupayaan jurulatih dan pemain import yang mungkin berhadapan risiko diberhentikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus pasukan Melaka United Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang dihubungi Bernama berkata pihaknya mengambil berat saranan presiden MUSA dan akan melakukan siasatan lebih terperinci termasuk melakukan analisis terhadap video perlawanan.

“Sekiranya terdapat unsur-unsur pengaturan perlawanan, pihak pengurusan MUSA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemain namun masih terlalu awal untuk saya komen,” katanya.

Mohd Yusoff berkata kekalahan besar MU pada aksi menentang Selangor itu kerana pemain masih belum mencapai keserasian bermain secara berpasukan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang tanggapan.

“Pada malam itu (ketika perlawanan menentang Selangor) pemain kami bermain dengan baik namun saya tidak sangka MU akan kalah teruk,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MUSA berkata pihaknya sentiasa melakukan analisis perlawanan setiap kali tamat perlawanan bagi mengenal pasti punca kekalahan pasukan dan ia dilakukan secara berterusan.

Mohd Yusoff berkata semua pemain MU tidak kira sama ada pemain import ataupun pemain tempatan berada dalam pemerhatian pihak pengurusan dan mereka yang gagal memenuhi harapan pasukan tidak mustahil akan digugurkan pada pertengahan musim. – BERNAMA

Tags: Idris HaronMelaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd