• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerosakan Jalan Dibaiki Sebelum Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerja-kerja membaiki kerosakan kritikal di beberapa tempat sepanjang projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini dijangka selesai sebelum cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau telah mengarah kontraktor berkenaan membaiki kerosakan tersebut dan meletakkan lebih banyak papan tanda dan memasang pencahayaan.

“Sasaran kita ialah untuk menyelesaikannya sebelum cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Kita baiki semua yang kritikal dahulu tapi semuanya bergantung kepada keadaan cuaca. Saya memantau laporan setiap pagi,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menunjukkan foto-foto keadaan jalan yang telah dibaiki semasa ditemui selepas Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja membaiki kerosakan kritikal turut diberi tumpuan di jalan kawasan Selangau (Bahagian Sibu) dan Tatau (Bahagian Bintulu).

Menurutnya, kerosakan jalan itu berlaku kerana kenderaan yang menggunakan jalan raya tersebut terlalu berat ditambah pula dengan cuaca hujan sekarang dan ada tempat ditenggelami air akibat banjir.

Sehubungan itu, beliau menasihat pengguna supaya bersabar dan sentiasa berhati-hati semasa memandu sementara menunggu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang dijangka siap 2021 yang akan menyediakan kemudahan jalan raya yang lebih baik kepada rakyat negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Fadillah Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Teknologi

21/04/2018
0

KUCHING - Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang muncul dalam bentuk Revolusi Industri 4.0 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd