• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengangkutan Awam Perlu Ramai Tenaga Kerja Wanita

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) mahu melihat lebih ramai wanita menyertai sektor pengangkutan awam.

Pengarah Latihannya, Kaan Yildizgoz berkata ini akan menyumbang ke arah persekitaran lebih selamat khususnya bagi wanita yang menggunakan pengangkutan awam.

“Apabila lebih ramai wanita bekerja dalam sektor itu, mereka lebih memahami dan mereka tahu bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi wanita semasa menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Beliau ditemui Bernama pada prapelancaran kempen bervideo untuk menimbulkan kesedaran tentang keperluan mewujudkan pengangkutan awam dengan persekitaran yang selamat di luar Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9, di sini hari ini.

Memperjuangkan mobiliti bandar yang lestari, pertubuhan yang berpangkalan di Belgium itu mewakili kira-kira 1,500 syarikat dengan 16 pejabat di seluruh dunia merangkumi keanggotaan dari 96 negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata suruhanjaya tersebut gembira dapat bekerjasama dengan UITP dan Bank Dunia dalam mengusahakan kempen berkenaan.

Kempen akan dilancarkan di seluruh dunia bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac. – BERNAMA

Tags: Kaan Yildizgoz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd