• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Levi, Caj Tol Di Linkedua Dikurangkan

oleh AK-47
11/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Levi kenderaan komersial di Linkedua dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Februari, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 ketika ini.

“Selain itu, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangkan antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan,” demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa pengurangan levi dan tol di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) adalah bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan itu berbanding Tambak Johor yang berhadapan dengan isu kesesakan.

Keputusan kerajaan itu membabitkan levi kepada kenderaan komersial yang keluar dan masuk ke Malaysia dan kadar tol di luar waktu puncak bagi semua jenis kenderaan kecuali motosikal.

Menurut kenyataan itu, kadar baharu selepas pengurangan berkenaan adalah RM4 daripada RM7.50 bagi kenderaan persendirian, teksi (RM3 daripada RM5.70) dan bas (RM4.50 daripada RM9.10) manakala kenderaan komersial bagi kedua-dua kelas 2 dan 3 dikurangkan daripada RM17.10 dan RM34.30 kepada RM4.50 dan RM6.10, sama seperti kadar di Tambak Johor.

Isu kesesakan yang berlaku di Tambak Johor dibincangkan sewaktu pemukiman pemimpin tahunan Malaysia-Singapura baru-baru ini, dan langkah pengurangan kadar levi dan tol berkenaan merupakan beberapa langkah komprehensif bagi mengatasi masalah itu.

Langkah pengurangan levi dan tol itu dijangka dapat mengurangkan kenderaan komersial di Tambak Johor sebanyak 40 peratus.

Menurut kenyataan itu, langkah lain yang sedang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Tambak Johor adalah dengan pembinaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

“Projek ini akan menghubungi stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura. Perkhidmatan ini dijangka dapat beroperasi pada 2024 dan membawa 10,000 penumpang dari satu arah dalam masa satu jam. RTS dijangka mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara kepada 30 minit berbanding lebih sejam pada masa ini.

“Kerajaan Malaysia dan Singapura telah pun menyerahkan surat tawaran kepada syarikat yang akan membina dan mengendalikan perkhidmatan RTS,” katanya.

Katanya bagi mengurangkan kesesakan juga, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga akan meningkatkan kekerapan perkhidmatan ulang alik Shuttle Tebrau daripada 26 perjalanan kepada 31 perjalanan setiap hari.

“Ini membolehkan KTMB membawa 1,500 penumpang tambahan menyeberangi Tambak Johor yang ketika ini berjumlah 7,783 sehari. Perkhidmatan ini memberi pilihan kepada penumpang yang dapat menjimatkan masa hanya lima minit perjalanan berbanding antara 45 minit hingga dua jam jika menggunakan bas. Ia adalah langkah jangka pendek sebelum laluan RTS sepanjang empat kilometer siap sepenuhnya,” katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan dijangka dapat memanfaatkan pengguna harian yang tidak perlu lagi keluar lebih awal dari rumah pada setiap hari bagi mengelakkan kesesakan.

“Tambahan lagi, ia akan meningkatkan industri pelancongan negara dengan bilangan pelancong dijangka meningkat dengan pengurangan kesesakan di Tambak Johor,” katanya.

Sementara itu, bagi menambah baik pengurusan trafik di Tambak Johor, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mengenal pasti dan membincangkan langkah jangka panjang termasuk hanya mengadakan satu pusat pemeriksaan antara Malaysia dan Singapura.

“Usaha kita untuk meningkatkan lagi sistem perhubungan dan urusan imigresen antara kedua-dua negara adalah manifestasi kesungguhan kedua-dua kerajaan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: LinkeduaRTSSingapuraTambak Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd