• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Curi Baju Dijel 7 Hari Denda RM2,000

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengganggur dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri tujuh helai baju di sebuah pasar raya.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Japfri Dullah, 47, yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 4 Feb lepas dan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh mencuri tujuh helai baju bernilai RM142 milik kedai Yubiso Berjaya Times Square di kedai Yubiso Berjaya Times Square, Dang Wangi di sini, pada 3.18 petang, 4 Feb lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dipenjara dan boleh juga dikenakan denda serta sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia telah insaf

“Saya sudah serik…demi Allah saya tidak akan ulangi kesalahan saya. Saya berkerusi roda dan patah kaki disebabkan kejadian ini…berilah peluang kepada saya untuk berubah,” katanya.

Di mahkamah sama, seorang penarik kereta Muhamad Safiq Musa, 27, didenda RM1,000 atau dua bulan penjara selepas mengaku bersalah menampar pipi seorang lelaki, Isnin lepas.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Lee Han Sin, 22, dengan menampar pipi mangsa menggunakan tangannya di tepi jalan berhadapan Hotel Metro, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini pada 2.15 hingga 2.45 pagi, 5 Feb lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Nur Farah Adilah memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, manakala Muhamad Safiq yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga. – BERNAMA

Tags: curidipenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd