• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Pandang Mudah Situasi Di Marawi

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTATAN – Kementerian Pertahanan tidak pernah memandang mudah situasi di Bandar Marawi, Filipina walaupun pertempuran itu telah reda.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata memandangkan bandar itu terletak berdekatan Sabah, saki baki kumpulan militan pro-Daesh yang memulakan pertempuran itu tahun lepas, dipercayai telah berpecah kepada kumpulan kecil dan menjurus kepada kegiatan jenayah.

“Kita dimaklumkan oleh pihak risikan menerusi hubungan tiga negara (Malaysia, Indonesia dan Filipina), ada lagi (saki baki pro-Daesh) yang terlepas keluar (dari Filipina).

“Oleh itu, kita perlu melihat kepada jejak wang dan tempat yang mungkin menjadi pilihan mereka untuk kembali bersatu,”katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Lok Kawi dekat sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas itu menggerakkan usaha untuk merekrut anggota baharu, khususnya melalui media sosial.

“Bagi pihak ATM pula, kita akan terus bekerjasama rapat dengan kesemua agensi keselamatan di negara ini bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan, khususnya di sempadan negara demi memastikan tiada anggota militan menceroboh masuk ke negara ini,”katanya.

Beliau turut memberitahu Kementerian Pertahanan dan ATM mempunyai perancangan dan hala tuju selain komitmen tinggi bagi memastikan keselamatan Sabah terus terpelihara.

“Ini penting lebih-lebih lagi dalam konteks Sabah di mana kita telahpun berdepan dengan ancaman yang telah kita lalui sekali melalui pencerobohan pengganas di Lahad Datu, tetapi apa yang menular di Filipina selatan pula boleh membawa kesan secara langsung ke Sabah.

“Gandingan kepimpinan kerajaan negeri dan pusat, ATM dan kementerian penting sekali dalam memastikan rakyat dan Sabah tetap dalam keadaan selamat dan boleh kita pertahankan,” katanya.

Hishammuddin turut membidas Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang merendahkan keupayaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang ditempatkan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Beliau berkata jika Mohd Shafie tidak bersetuju dengan penempatan Rela di timur Sabah, pemimpin pembangkang itu boleh memanjangkan cadangan untuk mempertingkatkan keselamatan di kawasan itu.

“Anggota Rela berasa bangga untuk menjadi ‘mata dan telinga’ kita…kita juga ada anggota Tentera dan polis di sana.

“Rela adalah satu lagi peringkat sistem sokongan yang membantu kami menjamin keselamatan pantai timur dan memastikan apa yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna tidak berulang,” katanya.

Hishammuddin juga berkata ketika pertempuran pasukan keselamatan dengan kumpulan pengganas di Semporna susulan pencerobohan di Lahad Datu pada Februari 2013, Mohd Shafie masih bersama kerajaan itu dan tidak pernah mempertikaikan langkah kerajaan untuk mempertingkatkan keselamatan di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd