• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat itu, dan penurunan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9360/9400 berbanding dolar US daripada 3.9245/9275 semasa ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata dolar US terus meningkat didorong oleh permintaan terhadap keselamatan.

Ia terus naik berbanding mata wang tempatan dengan petunjuk momentum yang positif terus meningkat, dan dijangka kepada 3.9554.

Beliau berkata mata wang tempatan turut menerima kesan daripada kejatuhan harga minyak yang merosot kepada paras terendah dalam tempoh tujuh minggu pada Khamis dengan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan global selepas Iran mengumumkan pelan untuk meningkatkan pengeluaran dan pengeluaran minyak mentah AS yang mencecah paras tertinggi.

Sementara itu, Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata petunjuk mata wang serantau negatif yang banyak, dan sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir mengurangkan risiko.

“Penentuan semula harga yang tinggi dalam hasil bon AS telah mengejutkan pelabur. Selain itu, dengan hasil AS yang dijangka lebih tinggi, kita mungkin menerima kesannya sebelum pasaran mendapat kedudukan yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata hasil AS yang tinggi menyokong dolar US dan mempengaruhi sentimen ekuiti global, menjejaskan keseluruhan minat risiko serantau.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9547/9584 daripada 2.9496/9523 dan merosot berbanding euro kepada 4.8240/8297 daripada 4.7993/7041 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit turut susut berbanding pound British kepada 5.4852/4912 daripada 5.4394/4439 dan berkurangan berbanding yen kepada 3.6153/6200 daripada 3.5759/5789. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd