• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KLVC: Felda Teliti Syor Laporan Audit Forensik

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda akan bertindak segera susulan arahan supaya tindakan diambil terhadap mereka yang cuai menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata agensi itu akan mengadakan mesyuarat khas malam ini antaranya untuk membincangkan syor yang dibuat hasil daripada audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

“Lembaga Felda menyambut baik arahan supaya tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan Felda dan FICSB,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek berkenaan menunjukkan terdapat ketidakpatuhan dalam prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.

Ia berkata Felda diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan/atau undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu yang didapati cuai dalam menjalankan tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentingan Felda dan FICSB.

KLVC merupakan projek yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di kawasan tanah milik Felda. – BERNAMA

Tags: Shahrir Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO Bukan ‘Red Line’ Untuk DAP?

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO Bukan ‘Red Line’ Untuk DAP?

04/05/2023
0

Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan apakah kerjasama dengan Umno dalam kerajaan pusat kini bukan ‘red line’ (batasan) bagi akar umbi...

Ismail Sabri Layak Jadi PM Interim – Shahrir

08/07/2021
0

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berpandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd