• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 KR1M 2.0 Bakal Dibuka Di Lembah Klang

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan untuk membuka 1,000 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 3,000 buah KR1M 2.0 yang disasarkan diwujudkan di seluruh negara sebelum tahun 2020 kelak.

“Setakat ini, 50 KR1M 2.0 sudah beroperasi. Bagi pembukaan KRIM 2.0 ini, kita akan meneruskan kerjasama dengan syarikat peruncitan KK Mart sebagai rakan strategik untuk menyalurkan barangan pada harga yang murah.

“Selain itu ia turut mempelawa penyertaan lebih ramai pembekal bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Kedai-kedai berkenaan (KR1M 2.0) akan menggunakan label seperti ‘KK Mart KR1M 2.0’.

“Ini bagi membezakan dengan kedai runcit lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan siri pertama program jelajah ‘Student Entrepreneurship Programme ‘ (1st STEP) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan. Penganjuran julung kali 1st STEP anjuran SSM dilaksanakan bagi memupuk minat keusahawanan murid sejak di bangku sekolah.

Mengulas mengenai 1st STEP, Hamzah berkata program itu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui kemudahan pembiayaan yang disediakan kerajaan bagi memulakan perniagaan tetapi turut memberi latihan keusahawanan kepada mereka.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu turut melancarkan dua buku teks subjek perniagaan dan perakaunan Tingkatan Lima bagi mengemas kini kandungan berkaitan SSM.

Kandungan baharu berkaitan SSM dalam buku tersebut akan memuatkan Akta Syarikat 2016 selepas pemansuhan Akta Syarikat 1956. — BERNAMA

Tags: KR1M 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

04/04/2026
0

Gelisah apabila dianggap ‘copy & paste’ idea Najib Razak, terus ada berhujah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tutup sejak 2017. Tiada...

Inisiatif Baharu KR1M Libat Banyak Rakan Strategik

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif baharu program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd